Tuesday, 17 May 2022

Kutipan hasil Kastam cecah RM42.50 billion-PM

  • Published in Semasa

KELANA JAYA, 26 Januari - Kutipan hasil Jabatan Kastan Diraja Malaysia (JKDM) mencecah RM42.50 bilion tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu melepasi sasaran awal RM40 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

Katanya, selain kejayaan kutipan hasil, tahun lalu juga menyerlahkan keunggulan sektor penguatkuasaan JKDM.

Ini selepas kartel pengedaran dadah antarabangsa berjaya ditumpaskan dengan rampasan dadah seberat 16 tan bernilai RM5.2 bilion.

"Dengan prestasi sebegini, saya amat yakin JKDM akan terus bergerak maju sebagai petugas barisan hadapan ekonomi yang berupaya memacu pertumbuhan berkualiti dan positif bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), ke arah menyuburkan kemakmuran Keluarga Malaysia," katanya ketika merasmikan Hari Kastam Sedunia Kali Ke-40, di sini.