Monday, 16 May 2022

Ipoh dilanda banjir kilat

  • Published in Semasa

FOTO JPBPM

IPOH, 20 Januari - Beberapa kawasan sekitar Ipoh dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Husin, kawasan yang terjejas teruk ialah Taman Desa Impian Bercham yang dinaiki air setinggi empat kaki setengah.

Kawasan lain yang turut terlibat Lebuh Bercham Taman Kinta Emas; Taman Cempaka; Persiaran Tasek Timur; Taman Seri Gaya; Jalan Salak; Kampung Sungai Rokam; Kampung Baru dan Pekeliling Ampang Baru; Jalan Ampang Baru dan Flat Taman Mewah.

Hujan lebat sejak petang Rabu juga menyebabkan limpahan air longkang dan sungai berdekatan sehingga memasuki kediaman penduduk.

Kerja-kerja menyelamat dijalankan termasuk memindahkan penduduk terjejas ke kawasan lebih selamat.

Paras air ketika ini menunjukan trend penurunan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Pada masa sama, operasi pemantauan masih dijalankan oleh pihak bomba dan agensi terlibat dari semasa ke semasa.

Tagged under BANJIKILAT IPOH