Monday, 16 May 2022

Sasaran 60% populasi dewasa diberi suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 menjelang hujung bulan

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa di negara ini disasar mendapat suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, menjelang hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dato Dr. Anas Alam Faizli yakin sasaran itu boleh dicapai memandangkan sambutan yang baik diterima daripada masyarakat.

Beliau juga menyasarkan angka itu meningkat kepada 80 peratus menjelang penghujung Februari.

"Setakat hari ini dengan saranan kerajaan untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 protechealth sentiasa mendokong misi kementerian kesihatan,"

"Dalam memastikan semua warga Malaysia dan penduduk di Malaysia mendapatkan vaksin kita telah memberikan hampir 50 peratus daripada keseluruhan pemberian vaksin,"

"Dan daripada pemberian vaksin dos penggalak pula protecthealth melalui pengamal perubatan swasta telah menyumbang lebih kurang 75 peratus daripada jumlah dos penggalak yang telah diberikan," kata Dr. Anas dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.