Monday, 16 May 2022

Tidak melakukan pemeriksaan kesihatan kerana takut

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Januari - "TAKUT" menjadi punca utama rakyat Malaysia tidak melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, ia mengakibatkan peratusan rakyat yang menjalani pemeriksaan kesihatan sangat rendah, walaupun ditawarkan secara percuma di klinik atau hospital kerajaan mahupun swasta.

Tegasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mencegah dan merawat penyakit di peringkat awal.

"Kita tahu daripada tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan hanya satu daripada dua rakyat Malaysia dewasa , 50 peratus tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala,"

"Ini sesuatu yang merisaukan sedangkan bukan hanya pemeriksaan ini boleh dilakukan di hospital KKM secara percuma malah ia turut ditawarkan dibawah program peka B40," kata Dr. Feisul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

"Turut ditawarkan untuk pencarum PERKESO apabila mencapi umur 40 tahun. Tetapi data menunjukkan masih rendah lagi peratusan rakyat yang menggunakannya," katanya lagi.