Friday, 27 May 2022

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat Hari Thaipusam

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu, yang menyambut perayaan itu hari ini.

Turut menzahirkan ucapan sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimundah Iskandariah.

Menerusi catatan dilaman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar sambutan ini dapat diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian, disamping mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Selain itu Seri Paduka berdua menyatakan harapan agar sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.