Friday, 27 May 2022

Seluruh masjid di Perlis terima mesin kira duit

  • Published in Semasa


KANGAR,18 Januari - 104 buah mesin kira duit untuk kegunaan masjid-masjid di seluruh Perlis diagihkan.

Pengurus MBSB Bank Bhd (MBSB) Cawangan Kangar Noorhidayah Abdul Aziz memaklumkan, pengagihan mesin kira duit secara percuma itu adalah bagi memudahkan ahli jawatankuasa masjid mengira jumlah kutipan yang diterima daripada jemaah yang hadir.

"Selain itu, pihak masjid juga disarankan membuka akaun untuk memudahkan mereka menjalankan urusan termasuk penyimpanan dan pengeluaran,"

"Tambahan kepada penyerahan mesin itu, sumbangan RM1,000 turut diberikan kepada setiap masjid,"kata Noorhidayah di sini.

Sehingga kini tiga buah masjid yang telah menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Al-Muqararabbin, Behor Empiang, Masjid Al-Rahim Titi Tok Bandar dan Masjid Darul Salam Kampung Padang Keria, Sanglang.

Bagi asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan disetiap kariah masjid, pihak MBSB juga mengagihkan barang keperluan harian.