Friday, 27 May 2022

Selamat Hari Thaipusam kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu - PM

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 18 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.

Ujar beliau, meskipun sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan, beliau berharap agar Keluarga Malaysia beragama Hindu dapat meneruskan upacara mengikut norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Walaupun pada tahun ini sambutan diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, saya berharap Keluarga Malaysia beragama Hindu dapat meneruskan upacara mengikut norma baharu dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa sekaligus menyemai sifat keterangkuman dan kebersamaan antara Keluarga Malaysia,” katanya menerusi siaran di Facebook rasminya.