Logo

JPV kuat kuasa lesen pelihara kebajikan haiwan

PUTRAJAYA, 18 Januari - Mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti penginapan haiwan, menunggang dan mengepung, pusat perlindungan haiwan serta urusan jual beli melibatkan haiwan hidup dalam kurungan kini perlu mendapatkan lesen seperti yang termaktub dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata penguatkuasaan pelesenan bagi aktiviti-aktiviti tersebut telah mula berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu.

“Tujuan utama kita melesenkan 4 aktiviti berbanding 13 ada yang pertamanya untuk kita memberikan keselesaan kepada kesemua pihak yang berkepintangan dan memberikan hebahan atau educate pihak yang berkenaan.

"Supaya mereka cakna alert bahawa sudah ada peraturan-peraturan yang mewajibkan mereka berlesen dengan pihak berkuasa yang mengawal selia kebajikan haiwan," katanya dalam sidang media Pelaksanaan Penguatkuasaan Aktiviti Melibatkan Haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 di sini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.