Tuesday, 18 January 2022

updated 3:29 AM UTC, Jan 18, 2022

Sasaran 100 beg darah sehari menerusi Kempen derma darah

  • Published in Semasa


KUALA LUMPUR, 15 Januari - 100 beg darah sehari dijangka dapat dicapai menerusi kempen derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah berharap, kempen tersebut dapat membantu keperluan Pusat Darah Negara dan hospital bagi mendapatkan bekalan.

"Seperti doktor kata tadi pihak hospital memang memerlukan bekalan darah, kerana musim perayaan sudah bermula. Jadi keperluanya memang ada," Kata Tunku Puteri Intan Safinaz dalam dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Pungutan Derma Bantuan Banjir dan Program Derma Darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Beliau berharap agar kempen tersebut membantu Pusat Darah Negara dan hospital bagi mendapatkan bekalan darah.

Kempen yang bermula semalam itu akan diadakan sehingga esok di Plaza Damas Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Kempen Pungutan Derma Bantuan Banjir pula diadakan selama 39 hari bermula pada 8 Januari sehingga 17 Februari depan.