Tuesday, 9 August 2022

Program NASIONALfm Ambil Tahu, santuni penduduk terjejas banjir

  • Published in Semasa

SHAH ALAM, 15 Januari - Pihak pengurusan radio NASIONALfm menerusi Program NASIONALfm Ambil Tahu tampil mengagihkan bantuan kepada keluarga terkesan banjir.

Program membabitkan 30 buah rumah di komuniti Kampung Padang Jawa.

Agihan bantuan turut mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Ogawa Malaysia dan Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Antara bantuan yang diberikan adalah barangan makanan asas serta beberapa peralatan elektrik.

Program NASIONALfm Ambil Tahu yang telah memasuki Edisi Keempat itu turut disertai lima penyampai antaranya Dj Odey Petra, Dj Nurul dan DJ Ranie.

Turut turun padang Pengurus NASIONALfm, Salbiah Mohd Sharif.