Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah - MetMalaysia

  • Published in Semasa

PETALING JAYA, 15 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak bermula hari ini sehingga esok.

Sementara di Sabah, hujan berterusan diramal bermula pada Ahad sehingga Selasa melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.