Thursday, 20 January 2022

updated 1:12 AM UTC, Jan 20, 2022

Isu tunggakan gaji pemain dan pegawai Melaka United musim 2021 selesai

  • Published in Semasa

MELAKA, 14 Januari - Isu tunggakan gaji pemain dan pegawai kelab bola sepak Melaka United musim lalu berjaya diselesaikan sepenuhnya hari ini selepas penstrukturan kewangan dan pentadbiran dilaksanakan.

Menurut kenyataan Pengurusan Kelab Bola Sepak Melaka United, proses pembayaran gaji selama 3 bulan telah dilaksana secara berperingkat sepanjang minggu ini dan lunas sepenuhnya hari ini.

Melaka United kini dalam fasa mempersiapkan pasukan untuk saingan musim baharu Liga Malaysia.

Sementara itu, pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan turut berterima kasih kepada pihak pengurusan yang sedaya upaya memastikan isu tunggakan gaji dapat diselesaikan segera.

Ini bagi memastikan perancangan kelab bag musim 2022 tidak terjejas.

Melaka United sebelum ini antara pasukan yang diberi amaran oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan tunggakan gaji pasukan musim lepas atau berhadapan dengan sekatan perpindahan pemain secara automatik pada 1 Februari.