Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

Bekalan darah berkurangan, orang ramai dirayu tampil menderma

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 15 Januari - Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) berkurangan berbanding permintaan terhadapnya yang semakin meningkat.

Menerusi satu kenyataan, PDN memaklumkan keperluan darah terus meningkat berbanding bekalan darah sedia ada.

"Orang ramai dirayu tampil menderma darah dengan segera.

"Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.pdn.gov.my," menurut kenyataan itu.