Thursday, 20 January 2022

updated 1:48 AM UTC, Jan 20, 2022

Majikan wajib iklankan jawatan kosong di MyFutureJobs - Saravanan

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 14 Januari - Majikan diwajbkan membuat iklan kekosongan jawatan melalui portal MYFutureJobs untuk memastikan peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran ditawarkan kepada pekerja tempatan sebelum kekosongan itu diisi oleh pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata perkara itu telah diwajbkan mulai 1 Januari tahun lepas.

Namun, sejak kebelakangan ini sering dibangkitkan isu-isu mengenai kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor pekerjaan terutamanya yang berkaitan dengan 3D (kotor, bahaya dan sukar) .

Kekosongan dalam sektor 3D itu katanya sering diisi pekerja asing ekoran tiada pekerja tempatan yang berminat.

Sehubungan itu jelas beliau, kabinet telah bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja warga asing dalam semua sektor bermula 10 Disember 2021.

Menurut beliau lagi, sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing ialah pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan, kuari, pembinaan dan pekhidmat domestik.

Pekerja tempatan bagaimanapun digalakkan mengisi kekosongan yang ada diisi.