Wednesday, 10 August 2022

Melaka bukan negeri litar lumba haram - Polis Melaka

  • Published in Semasa

BUKIT BERUANG, 10 Januari - 26 buah kereta ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan di Bulatan Gangsa, Alor Gajah, Sungai Putat dan Klebang, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil pemeriksaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kesemua kereta berkenaan ditahan kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pemilik kenderaan berasal dari beberapa negeri termasuk Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor, Terengganu, Perak dan Kedah berusia antara 20 hingga 38 tahun.

30 saman berjumlah RM7,800 dikeluarkan dengan 25 saman berjumlah RM3,500 atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai enjin kereta, ekzos bising dan lain-lain kesalahan trafik.

Kesemua kenderaan tersebut ditahan dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Alam Sekitar dan pelbagai kesalahan trafik.

Beliau memberitahu sidang media di IPK Bukit Beruang yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif dan Pengarah JAS negeri, Rosli Osman.