Tuesday, 9 August 2022

Kanak-kanak 5 tahun maut didera

  • Published in Semasa

ISKANDAR PUTERI, 4 Disember - Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan selepas dipercayai menyebabkan anak kandung berusia 5 tahun maut.

Kematian kanak-kanak lelaki itu dilaporkan petugas Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru setelah pemeriksaan mendapati kesan cedera di mulut dan lebam di seluruh badan.

Kanak-kanak malang itu didapati telah meninggal dunia sebelum tiba di Hospital tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar, mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri.

Siasatan awal mendapati, mangsa didera sejak Jun lalu, tinggal bersama kedua-dua suspek dengan adik dan kakaknya di Nusa Bestari, Iskandar Puteri.

Hasil pemeriksaan lanjut rumah disewa suspek, polis menjumpai getah paip, batang kayu dan poly paip serta kesan darah kerana saringan COVID-19.

Ibu mangsa, 35 tahun dan teman lelakinya, 32 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.