Tuesday, 16 August 2022

Jualan Keluarga Malaysia di Terengganu dapat sambutan

  • Published in Semasa

HULU TERENGGANU, 4 Disember - Program Jualan Keluarga Malaysia di Terengganu mendapat sambutan menggalakkan sejak mula beroperasi pukul 8 pagi tadi.

Kawasan Parlimen Hulu Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran program itu sebelum diperluas ke Kuala Terengganu.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Rosol Wahid berkata ia akan dilaksanakan dua kali sebulan sehingga Februari tahun depan.

Inisiatif tersebut bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat susulan kenaikan harga barang secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Turut diadakan pelancaran skim harga maksimum keluarga malaysia berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember depan.

Sebanyak 12 barangan tersenarai di bawah skim berkenaan.