Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

VTL dengan negara berisiko penularan Omicron ditangguh, sehingga gambaran jelas diperolehi

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 1 Disember - Setakat ini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia melalui kajian penjujukan genom.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta, sehingga semalam.

Berikutan kebimbangan terhadap varian OMICRON yang dikategorikan bahaya, perancangan mewujudkan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara yang dikenal pasti terdapat kes penularan varian Omicron DITANGGUH.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin penangguhan dibuat sehingga gambaran lebih jelas mengenai varian itu di peringkat global diperoleh.  

Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang di Putrajaya.

Jelasnya lagi KKM akan menyediakan senarai negara yang melaporkan kes varian Omicron untuk edaran harian.

Pelancong dari negara berkenaan juga tidak dibenar menyertai program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, Kedah.

Begitu juga Pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara berkenaan dalam tempoh 14 hari.