Tuesday, 16 August 2022

YDP Agong zahir kegusaran varian Omicron, minta rakyat amal SOP dan kawal kendiri

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat terus istiqamah dan mengamalkan kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ingatan itu ekoran kegusaran baginda terhadap penularan varian baharu COVID-19, Omicron yang mula merebak ke seluruh dunia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya menyebut, Al Sultan Abdullah turut menasihati rakyat supaya melengkapkan suntikan dos vaksin COVID-19 dan mendapatkan dos penggalak bagi melindungi kesihatan serta keselamatan diri, ahli keluarga dan masyarakat.

Baginda turut menyokong penuh tindakan tegas kerajaan mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan.