Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

Malbatt 850-8 terima pengiktirafan Environmental Compliance

  • Published in Semasa

PORT DICKSON, 1 Disember - Kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksana misi pengaman di peringkat antarabangsa mendapat perhatian dunia.

Ini terbukti apabila Kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 850-8, menerima pengiktirafan Environmental Compliance, dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan.

Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pengiktirafan buat kali pertama itu melibatkan semua kem Malbatt iaitu Kem Marakah, Kem Tibnin, Kem Harris dan Entry Point 00.

Tambah beliau, risiko jangkitan pandemik COVID-19 juga tidak menjejaskan kesiapsiagaan anggota Malbatt ke Lubnan.

ATM sentiasa memastikan anggotanya mematuhi SOP termasuk semasa penugasan di Lubnan.

Misi Malbatt 850-8 bermula pada 14 November 2020 selama setahun dan telah diambil alih oleh MALBATT 850-9 mulai 13 November lalu.