Logo

Selangor catat 1,076 kes dera kanak-kanak dalam tempoh sembilan bulan

SHAH ALAM, 1 Disember - Sebanyak 1,076 kes penderaan kanak-kanak berlaku di negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud di Dewan Negeri Selangor berkata daripada jumlah itu, sebanyak 527 kes membabitkan penderaan fizikal, gangguan seksual, 514 kes, manakala penderaan emosi sebanyak 35 kes.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah seksyen 17, Akta Kanak-kanak 2001, bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada dicabul dari segi fizikal, emosi atau seksual.

Pasukan Pelindungan Kanak-kanak turut menyelaras aktiviti di 17 buah Pusat Aktiviti Kanak-kanak mengikut keperluan masyarakat setempat.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.