Thursday, 20 January 2022

updated 1:47 AM UTC, Jan 20, 2022

Pelaburan ekonomi Johor jangka meningkat berikutan pelaksanaan VTL

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 30 November - Pelaburan ekonomi Johor dijangka meningkat kepada RM10 billion tahun depan dalam tempoh enam bulan pelaksanaan VTL Darat Malaysia-Singapura.

Pembukaan semula sempadan menerusi VTL merancakkan kembali sekurang-kurangnya 20 peratus bagi aktiviti pelaburan negeri itu.

Exco Pelaburan, Pembangunan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, pembukaan semula sempadan menerusi VTL itu turut menjadi alternatif terbaik dalam membantu meningkatkan semula ekonomi rakyat terutama golongan usahawan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor.