Thursday, 20 January 2022

updated 3:00 AM UTC, Jan 20, 2022

Isu kenaikan harga barang: KPDNHEP laksana sesi libat urus dengan pihak industri dan persatuan perniaga

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 30 November - Kerajaan tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan untuk mengenakan sekatan harga maksimum barangan kepada peniaga.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pelbagai pertimbangan perlu diambil kira selain
mencari punca sebenar peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Jelasnya, sesi libat urus kini giat dijalankan kementerian bersama pihak industri dan persatuan peniaga bagi mencari penyelesaian kepada isu tersebut.

Tambahnya, setelah mencapai kata sepakat, pihaknya akan meletakkan had harga maksimum di setiap peringkat rangkaian perbekalan barang, seterusnya mengelakkan isu kenaikan harga barangan daripada berlaku.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.