Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

Ujian MRSM, pemohon boleh semak melalui portal rasmi MARA

  • Published in Semasa

PADANG TERAP, 28 November - Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan Satu dan Empat tahun 2022, akan diadakan bulan depan.

Ujian bagi calon di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu diadakan pada 3 Disember ini manakala dari negeri lain keesokan harinya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MARA menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan 1 dan 17,350 permohonan ke tingkatan 4 bagi tahun 2022.

Pemohon akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan.

Calon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.