Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Polis Perak adakan HPP sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersial

  • Published in Semasa

IPOH, 25 November - Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengadakan 'High Profile Policing' (HPP) sempena Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) di sebuah pusat beli-belah di Ipoh.

Sehingga 21 November 2021, sebanyak 1,813 kes jenayah komersial dilaporkan membabitkan nilai kerugian berjumlah RM58.37 juta dan seramai 1,112 orang telah ditangkap.

Bagi kes jenayah dalam talian, sebanyak 1,057 kes dilaporkan dengan nilai kerugian lebih RM25 juta membabitkan 682 tangkapan.

Justeru, Datuk Mior Faridalathrash berharap orang ramai dapat menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda dengan tidak berkongsi maklumat peribadi serta terpedaya dengan taktik penipuan dilakukan penjenayah.