Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

KPDNHEP Perak pantau kenaikan harga telur

  • Published in Semasa

IPOH, 24 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menjalankan pemantauan ke atas 11 syarikat pengeluar utama telur ayam termasuk peniaga runcit dan pemborong susulan laporan kenaikan harga telur ayam di negeri itu.

Hasil pemantauan mendapati harga telur ayam meningkat kira-kira 3 sen daripada harga asal.

KPDNHEP Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, punca kenaikan berlaku di peringkat pengeluar ayam berikutan kos harga makanan ayam di pasaran dunia meningkat.

Berikutan itu, siasatan dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar undang-undang berkaitan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan.