Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

JAINJ kemuka cadangan buka masjid dengan kapasiti penuh

  • Published in Semasa

ISKANDAR PUTERI, 24 November - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengemukakan cadangan SOP kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuka masjid dengan kapasiti penuh, selari Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pemakluman cadangan turut akan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk perkenan, sebelum pelaksanaannya yang dijangka pada Januari tahun depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, SOP berkenaan turut mengambil kira situasi COVID-19 negara ketika ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri, DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Putri.

Buat masa ini, semua masjid dan surau di Johor mengikut had satu pertiga daripada kapasiti keluasan masjid.