Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Bekas Ketua Pegawai Operasi hadapi 38 pertuduhan pecah amanah

  • Published in Semasa

KUANTAN, 24 November - Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Suspek menghadapi 38 pertuduhan kerana melakukan pecah amanah wang milik majikan berjumlah kira-kira RM1.28 juta empat tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Ng Siew Eng, 62 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat, didakwa mengeluarkan cek bagi ahli keluarganya dengan nilai keseluruhan RM1,285,846 dalam tempoh Julai hingga Oktober 2018 di Urban Environmental Industries Sendirian Berhad.

Tertuduh didakwa mengeluarkan 38 keping cek bernilai di antara RM3,730 hingga RM110,036 atas nama sendiri, suami dan dua anak selain digunakan untuk membayar hutang kad kredit.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 36,600 dan diarah menyerahkan pasport, serta melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran sementara menunggu tarikhperbicaraan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Januari depan.