Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Bimbing golongan belia elak terjebak dadah - Raja Muda Perlis

  • Published in Semasa

PADANG BESAR, 25 Oktober - Golongan remaja perlu bebas sepenuhnya daripada terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ke arah itu, semua pihak perlu memainkan peranan bagi mendidik belia berkaitan bahana dadah.

Titah Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, antara kaedahnya termasuklah sentiasa meningkatkan keimanan selain bijak mengisi masa lapang serta tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan tidak sihat.

Demikian titah baginda kepada ketua-ketua jabatan yang turut serta meninjau Kompleks Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Perlis yang baru siap dibina.

Turut hadir, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis, Khairul Anwar Ahmad dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang, Norlida Jaafar.