Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Ops Sepadu, JPJ keluarkan 318 notis kepada 1,230 kenderaan atas pelbagai kesalahan di ibu negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 318 notis kepada 1,230 kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Sepadu di ibu negara.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Tuan Aedy Fadly Ramli berkata, operasi dijalankan bagi mengesan pemandu yang ingkar arahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemeriksaan turut meliputi pelanggaran peraturan yang telah dikuatkuasakan.