Logo

Banjir Perak, hanya 6 keluarga masih berlindung di 2 PPS

IPOH, 23 Oktober - Di Perak, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok dan PPS SK Matang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, PPS SK Temelok yang dibuka sejak Rabu lalu telah menempatkan enam keluarga dari Kampung Sungai Temelok.

Setakat pukul 7:30 pagi tadi, hanya satu keluarga yang masih berada di pusat pemindahan itu.

Manakala, 17 penduduk Kampung Sungai Rentaka membabitkan lima keluarga masih berlindung di PPS SK Matang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.