Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Banjir di Melaka semakin pulih, jumlah penduduk terjejas menurun

  • Published in Semasa

BANDARAYA MELAKA, 23 Oktober - Keadaan banjir di Melaka semakin pulih setelah mencatat penurunan jumlah penduduk terjejas pagi tadi.

Kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, setakat ini seramai 550 penduduk terjejas daripada 145 keluarga direkodkan berbanding 611 orang, semalam.

Hanya sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi.

Di Melaka Tengah, tiga PPS telah ditutup malam tadi iaitu PPS SK Batu Berendam 2, SK Krubong dan SK Taman Merdeka.

PPS yang masih beroperasi ialah SMK Tun Mutahir, SK Ayer Molek dan SMK Bukit Katil.

Bagi daerah Alor Gajah, tiga PPS masih dibuka iaitu SK Durian Tunggal, SJKC Sin Wah dan SK Telok Berembang.

Di Jasin pula, SMK Seri Bemban, SK Tehel dan SJKC Shuh Yen masih menempatkan penduduk terjejas banjir.