Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Hanya 102 kes kategori tiga hingga lima daripada 5,516 kes baharu semalam

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 21 Oktober - Hanya 1.8 peratus atau 102 kes daripada 5,516 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam, melibatkan individu dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Kategori Tiga merujuk kepada mereka yang mempunyai radang paru-paru, manakala Kategori Empat dan Lima masing-masing memerlukan bantuan oksigen dan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 5,414 kes atau 98.2 peratus pula terdiri daripada mereka dalam Kategori Satu dan Dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 5,502 kes melibatkan penularan dalam negara manakala 14 kes adalah kes import.

Sebanyak 9,401 kes sembuh, menjadikan jumlah kes pulih daripada wabak itu kini 2.2 juta orang.

Dalam pada itu, empat kluster baharu dikenal pasti membabitkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan lain.