Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PM hargai peranan PDRM putuskan rantaian COVID-19

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Menguatkuasakan undang-undang dalam memastikan rantaian COVID-19 di negara ini dapat diputuskan.

Peranan Polis Diraja Malaysia itu mendapat penghargaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, beliau berkata pada ketika seluruh dunia dan negara bergelut memerangi pandemik itu, peranan dan tanggungjawab anggota polis menjadi semakin getir.

Perdana menteri turut merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan Ops Benteng bagi mengawal sempadan negara dari diterobos oleh pendatang tanpa izin yang membawa pandemik bersama mereka.

Ucapan terima kasih diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani kerana menaikkan gred Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera daripada C kepada B.

Melalui kenaikan ini, anggota polis di IPD Bera ditambah daripada 300 anggota kepada 400 hingga 600 orang.