Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Malaysia berjaya raih kerusi ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 15 Oktober - Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022/2024.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebooknya.

Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, Malaysia bersedia memainkan peranan aktif sebagai pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

Ke arah itu, Kuala Lumpur akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB bagi memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global.

Ini selaras dengan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

Tegasnya, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca COVID-19.