Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Tiga fokus utama diteliti dalam beralih ke fasa endemik

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 12 Oktober - Tiga fokus utama diteliti dalam beralih ke fasa endemik.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Fokus-fokus tersebut kawalan bersasar, kesedaran terhadap virus dan pemerkasaan masyarakat.

Di bawah fokus kawalan bersasar, Kementerian Kesihatan dalam proses merangka sistem amaran jika berlaku lonjakan kes terutama apabila negara beralih ke fasa endemik. 

Bagi fokus kedua, kesedaran terhadap virus, masyarakat harus memahami dan menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersama virus COVID-19.

Selain itu, peranan dan tanggungjawab mencegah penularan virus COVID-19 turut perlu dimainkan rakyat bersama pihak berkuasa terutama dalam menuju ke fasa endemik.