Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia, digerakkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 7 Oktober - Semua Pusat Internet Desa dan Pusat Internet Komuniti akan ditransformasi menjadi Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, program itu akan digerakkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Tan Sri Anuar Musa turut memaklumkan, pelaksanaan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memastikan 98 peratus daripada kawasan berpenduduk mendapat liputan 4G.

Tambah beliau, kementeriannya juga sedang melihat semula keberkesanan program kempen E-dagang untuk Perusahaan Kecil, Sederhana dan Mikro (PKSM) yang telah memberi manfaat kepada 204,262 peserta.