Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Takwim persekolahan 2022 tetap pada Mac

  • Published in Semasa

DUNGUN, 4 Oktober - Kementerian Pendidikan tetap dengan pendirian memulakan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pendekatan itu diyakini memberi ruang mencukupi kepada pelajar mencapai tahap penguasaan minimum yang diperlukan sebelum melangkah ke kelas berikutnya.

Kementerian telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk guru, wakil PIBG, pengetua, guru besar dan pakar-pakar serta persatuan perguruan bagi memastikan ketetapan tersebut mengambil kira pelbagai aspek.

Menerusi pelanjutan Takwim dari Disember hingga Mac 2022; bermakna peralihan darjah atau tingkatan akan berlaku pada Mac, sekali gus memberi tempoh dua bulan untuk proses intervensi, sekiranya ada pelajar keciciran.