Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Kerajaan dan pembangkang beri impak yang baik - PM

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 4 Oktober - Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik.

Ia menampakkan kesepakatan serta sikap saling hormat-menghormati di antara pembangkang dan kerajaan kerana apa yang penting, kedua-dua pihak bersama membina negara, demi kepentingan rakyat.

Keadaan kini kelihatan agak tenang bukan sahaja di luar tetapi juga di Parlimen.

Semasa ditanya sama ada input pembangkang diambil kira dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beliau berkata sememangnya terdapat libat urus pembangkang serta jabatan kerajaan.

perancangan RMK12, disediakan secara lebih inklusif, mengambil kira input dan cadangan bukan sahaja daripada kerajaan dan pembangkang tetapi juga pihak berkepentingan termasuk sektor awam dan swasta.