Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Kajian gaji minimum dibentang suku keempat tahun ini

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 22 September - Kementerian Sumber Manusia sedang giat melaksanakan kajian semula perintah gaji minimum (PGM) 2020 menerusi beberapa inisiatif.

Kajian itu bagi menilai keberkesanan perintah gaji minimum dan implikasinya terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Jelas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, inisiatif itu termasuk menjalankan 6 sesi libat urus dengan persatuan majikan, pekerja dan NGO mengikut zon.

Selain itu, pengedaran borang kaji selidik dan analisis terhadap data sosio ekonomi turut dilakukan.

Kajian mengenai perkara tersebut kini sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.