Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Insiden kegagalan cerun, kerja tambah baik laluan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun

  • Published in Semasa

CAMERON HIGHLANDS, 19 September - Susulan insiden kegagalan cerun yang mengakibatkan tanah runtuh di Seksyen 43.9 Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Zulkipli Nasri berkata, kerja membaik pulih dan penambahbaikan laluan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Ia turut melibatkan laluan di sepanjang 600 meter kawasan yang dikenal pasti.

Jelasnya, kejadian kegagalan cerun ini berlaku lebih awal dari jangkaan dan perancangan berikutan beberapa faktor.

Buat masa ini, pihaknya akan meneliti semula dan menambah baik jalan sementara untuk pengguna.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Turut meninjau lokasi tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun.