Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Pencemaran Sungai Tawakal: Sisa buangan terjadual dibawa masuk daripada lokasi berasingan

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 18 September - Sisa buangan terjadual di Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Johor Bahru, Johor, Selasa lalu dipercayai dibawa masuk ke kawasan berkenaan dari lokasi berasingan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, perkara itu bagaimanapun sedang dalam siasatan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Jelasnya, soal siasat sedang dilakukan terhadap sembilan lelaki yang direman termasuk pemilik premis berhampiran sungai berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.