Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Program MM2H: Pastikan peserta berkualiti yang dapat sumbang kepada ekonomi negara

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 14 September - Penyertaan program Malaysia Rumah Keduaku MM2H akan ditambah baik untuk memastikan setiap peserta yang ingin bermastautin di negara ini adalah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan dapat menyumbang untuk menjana ekonomi negara.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bagi semua peserta baru, mereka perlu memenuhi dasar baharu MM2H.

Berhubung isu negeri Sarawak yang mempunyai dasar MM2H yang liberal berbanding kerajaan persekutuan, beliau menjelaskan ia berikutan Sabah dan Sarawak mempunyai Peruntukan Istimewa seperti yang telah digariskan di bawah Seksyen 64 dan 65 Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak boleh menyesuaikan syarat-syarat penyertaan Program MM2H bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan Sosial selaras dengan keperluan negeri masing-masing.

Datuk Seri Hamzah menjawab pertanyaan ahli parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai, dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri, MQT.