Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Unit Penghantaran Pantas: Selaras ICU Modular, kemudahan oksigen ke Hospital negeri-negeri

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 14 September - Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Unit Penghantaran Pantas, bagi menyelaras dan mengendalikan penghantaran SEGERA Unit Rawatan Rapi (ICU) Modular dan kemudahan oksigen ke hospital di negeri-negeri yang mungkin mengalami peningkatan mendadak kes COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya – Khairy Jamaluddin.

Penjelasan itu menjawab pertanyaan wakil Semporna – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan, kementeriannya menyasar nisbah katil hospital kepada 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Ke arah itu, bilangan katil akan ditambah menerusi pembinaan hospital baharu, selain menaik taraf hospital dan fasiliti sedia ada.

Tumpuan diberi kepada hospital sedia ada yang mempunyai kadar penggunaan katil yang tinggi.

Faktor lain yang diambil kita adalah kepadatan penduduk, akses kepada perkhidmatan di hospital sedia ada dan peruntukan kewangan kerajaan.