Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pembukaan 11 sektor ekonomi: Langkah kurung rakyat tidak lagi sesuai

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 14 September - Keputusan membuka semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia dibuat dengan mengambil kira data penilaan risiko serta peningkatan jumlah penerima vaksin yang tinggi.

Selain itu, pelaksanaan SOP yang ketat turut dilakukan di semua sektor terlibat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang lengkap divaksinasi sahaja masuk ke premis dan pekerja-pekerja juga perlu lengkap menerima 2 dos vaksin.

Tambahnya, anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menjaga diri mereka bagi mengelakkan daripada dijangkiti pandemik COVID-19.

Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan SOP oleh pihak kerajaan sahaja juga tidak cukup tanpa kerjasama semua pihak untuk patuh pada SOPditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif pad sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.