Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pengoperasian IPT bermula 15 oktober ini, pelajar boleh masuk kampus

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 14 September - Bermula 15 Oktober ini, semua kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi, IPT dalam semua fasa PPN serta lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus dengan keutamaan diberi kepada pelajar berkeperluan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menerusi kenyataan media menjelaskan kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2021/2022 itu selaras kelulusan Majlis Keselamatan Negara.

Jelasnya, proses kemasukan pelajar akan menggunakan prosedur operasi standard, SOP Sektor Pendidikan Tinggi iaitu Pengoperasian IPT yang menetapkan SOP ketat bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk.

Hanya pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik yang telah mendapat suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin sahaja akan dibenarkan masuk ke kampus.

Perkara itu juga tertakluk kepada kapasiti IPT dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Bagi pelajar yang tidak boleh divaksinasi atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan.