Logo

PM zahir ucapan takziah atas pemergian Tan Sri Zaman Khan

PUTRAJAYA, 11 September - Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 pagi tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Keluarga Malaysia telah kehilangan seorang tokoh perkhidmatan keselamatan awam yang disegani.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri memaklumkan, Allahyarham yang juga merupakan mantan Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman adalah seorang yang sangat tegas dan komited dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perkhidmatannya.

Datuk Seri Ismail Sabri turut mendoakan keluarga Allahyarham supaya tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.

Pada masa sama mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.