Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

FAMA pergiat proses durian jadikan produk makanan

  • Published in Semasa

MACHANG, 4 Ogos - Bagi mengatasi lambakan buah durian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil inisiatif membantu proses menyejuk beku buah durian untuk dijadikan tempoyak dan pes.

FAMA kini berupaya memproses lima tan metrik durian setiap hari.

Insiatif berkenaan dijalankan di Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang.

Jelas Pengarahnya, Wan Nora Wan Ahmad, hampir 70 tan metrik durian telah siap diproses, sejak ia bermula 22 Julai lalu.

Produk tempoyak dan pes itu turut mendapat permintaan tinggi dari Temerloh, Pahang.

Beliau meninjau operasi Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang.