Friday, 24 September 2021

updated 12:20 PM UTC, Sep 24, 2021

Kes positif COVID-19 meningkat terengganu tambah PKRC

  • Published in Semasa

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Terengganu, satu lagi PKRC ditambah dan akan beroperasi di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan di Besut dengan kapasiti 392 katil.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata sekiranya keadaan masih tidak terkawal, dua lagi PKRC akan ditambah di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, dan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Hulu Terengganu.

Ketika ini, Terengganu mempunyai enam PKRC dengan kapasiti 2,967 katil.

Sementara itu, empat kawasan di negeri ini dikenakan PKPD iaitu Mukim Kuala Dungun, Dungun, Mukim Bandi dan Padang Kubu Kemaman serta Kampung Teluk Menara di Manir Kuala Terengganu.