Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

MOF-LHDN sumbang 1,000 bakul makanan

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kementerian Kewangan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyumbang 1,000 bakul makanan kepada golongan memerlukan di kawasan Segambut.

Menerusi insiatif CSR MOF-LHDN Prihatin, sumbangan disampaikan kepada wakil penerima membabitkan kariah empat masjid kawasan tersebut.

Ini termasuk Masjid Al-Qurtubi, Masjid Imam Al-Ghazali, Masjid Al-Ubudiah dan Masjid Al-Firdaus.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata usaha kementerian bersama-sama LHDN itu mencerminkan pendekatan 'whole of nation' dalam membantu meringankan beban rakyat.

Sumbangan disampaikan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut.

Selain kariah masjid, turut menerima sumbangan bakul makanan adalah rakyat pelbagai kaum yang terkesan akibat COVID 19.